PEMANTAPAN BUDAYA KORPORAT AMALAN 5S MPM

Program Pemantapan Budaya Korporat Amalan 5S MPM diadakan pada 13.04.2012 oleh Yang Dipertua, MPM Dato’ Zamri Bin Man.

Program Awareness Amalan 5S MPM

Program Awareness ini diadakan pada 25 Jun 2013. Semua kakitangan terlibat untuk bergotong-royong.

LAWATAN KE SETIAP ZON 5S MPM

Yang Dipertua Dato' Zamri Bin Man sentiasa melakukan lawatan mengejut 5S ke setiap zon.

INFO 5S

Komunikasi melalui pengedaran info 5S ke setiap zon.

LATIHAN PENAMBAHBAIKAN KRITERIA AUDIT 5S MPM

MPM telah menjemput wakil daripada MPC untuk memberi taklimat berkaitan kriteria audit 5S.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1434 HIJRAH

Warga kerja MPM mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijrah kepada semua umat Islam. Raikan hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran. Maaf zahir dan batin.

Isnin, 21 Januari 2013

...Sambungan dari edisi Disember...

Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi. "Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar. Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri." Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan. Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i)