...sambungan kisah edisi Mac...
Rupa-rupanya,
susuk tubuh tersebut adalah iblis yang menyerupai sebagai manusia.
"Hai,
mahu ke mana kamu?" tanya si iblis.
Orang
alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah
orang bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang
roboh pohon syirik itu."
"Kamu
tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak
ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang sahaja."
"Tidak
boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas.
"Berhenti,
jangan teruskan!" bentak iblis marah.
"Akan
saya teruskan!"
Akhirnya
terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau melihat
perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan.
Namun ternyata iblis menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dengan
berdiri menahan kesakitan dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya.
Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji,
setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar
sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu,
jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"
Bersambung..........