PEMANTAPAN BUDAYA KORPORAT AMALAN 5S MPM

Program Pemantapan Budaya Korporat Amalan 5S MPM diadakan pada 13.04.2012 oleh Yang Dipertua, MPM Dato’ Zamri Bin Man.

Program Awareness Amalan 5S MPM

Program Awareness ini diadakan pada 25 Jun 2013. Semua kakitangan terlibat untuk bergotong-royong.

LAWATAN KE SETIAP ZON 5S MPM

Yang Dipertua Dato' Zamri Bin Man sentiasa melakukan lawatan mengejut 5S ke setiap zon.

INFO 5S

Komunikasi melalui pengedaran info 5S ke setiap zon.

LATIHAN PENAMBAHBAIKAN KRITERIA AUDIT 5S MPM

MPM telah menjemput wakil daripada MPC untuk memberi taklimat berkaitan kriteria audit 5S.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1434 HIJRAH

Warga kerja MPM mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijrah kepada semua umat Islam. Raikan hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran. Maaf zahir dan batin.

Jumaat, 19 Julai 2013

Dalam proses tambahbaik

Blog Jawatankuasa 5S sedang dalam proses tambahbaik dari segi antara muka dan susun atur. Terima kasih.

Rabu, 17 Julai 2013

Mengalu-alukan kedatangan Audit MPC 5S ke Majlis Perbandaran Manjung

Assalamualaikum WBT...

Pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Manjung mengalu-alukan kedatangan Auditor MPC 5S ke Majlis Perbandaran Manjung pada 18hb Julai 2013. "YES!!! MPM!!!. "GO 5S MPM!!!.


Isnin, 1 Julai 2013

...sambungan kisah edisi Jun...

...sambungan kisah edisi Jun...

Iblis itu dengan angkuh menjawab, "Tentu sahaja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah.

 Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampu menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."

Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah, dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan . Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ?

"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran,
1.  Hendaklah (berusaha) memperbaikinya       dengan   tangannya (kekuasaan),
2. Bila tidak mungkin hendaklah berusaha  memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat),
3. Bila tidak mungkin pula, hendaklah  mengingkari dengan hatinya (tinggalkan).

Itulah selemah-lemah iman."
Hadith Riwayat Muslim