Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, marilah kita mengucapkan syukur kepada Illahi kerana masih dapat menjalani ibadah berpuasa pada tahun ini. Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan lebaran. Di sebalik keghairahan kita menyambut aidilfitri yang menjelma, janganlah dilupakan peri pentingnya kombinasi kehidupan di dunia dan akhirat. Mungkin ada dikalangan kita yang bergembira malahan ada yang berduka lara sempena hari mulia ini. Sesungguhnya, hari raya yang sebenar ialah hari yang dilalui tanpa melakukan dosa. Bermaaf-maafanlah sesama makhluk dan hindari segala sifat-sifat mazmumah sekiranya ada di dalam diri masing-masing. Tarbiyah kita selama sebulan mengharungi bulan Ramadhan haruslah dikekalkan untuk 11 bulan akan datang. Penggunaan diri ke arah kebaikan semasa bulan Ramadhan haruslah tertanam dalam jiwa dan seterusnya dapat membentuk peribadi muslim yang terpuji. Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya dan pastikan tahap keselamatan diri, kenderaan, keluarga dan rumah berada di paras selamat.
Langkah kerajaan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji membawa sinar ceria di mata rakyat. Namun, beringatlah dalam berbelanja harus ada kesedaran untuk berjimat. Janganlah menjadi seperti Qarun, apabila mendapat nikmat menjadi kufur. Amalkan sifat bersedekah kerana ia menyuburkan rezeki lantas mewujudkan sifat tolong-menolong.
Amalan kunjung-mengunjung menjadi tradisi menjelang lebaran ini tidak kira sama ada program rumah terbuka atau kunjungan aidilfitri. Bersama mengeratkan silaturrahim antara anggota keluarga dan sesama muslim. Namun harus diingatkan janganlah sampai melakukan pembaziran. Pelbagai undangan yang kunjung tiba dan beringatlah semasa menikmati juadah yang disediakan. Jagalah kesihatan dan hindari diri dari penyakit.
Selaku urusetia Jawatankuasa Promosi 5S Majlis Perbandaran Manjung mewakili pihak Yang di Pertua, Setiausaha dan warga kerja Majlis Perbandaran Manjung mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri
dan seribu kemaafan dipohon kepada semua.
Adios, Amigos, Gracias.
Isnin, 29 Ogos 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan