PEMANTAPAN BUDAYA KORPORAT AMALAN 5S MPM

Program Pemantapan Budaya Korporat Amalan 5S MPM diadakan pada 13.04.2012 oleh Yang Dipertua, MPM Dato’ Zamri Bin Man.

Program Awareness Amalan 5S MPM

Program Awareness ini diadakan pada 25 Jun 2013. Semua kakitangan terlibat untuk bergotong-royong.

LAWATAN KE SETIAP ZON 5S MPM

Yang Dipertua Dato' Zamri Bin Man sentiasa melakukan lawatan mengejut 5S ke setiap zon.

INFO 5S

Komunikasi melalui pengedaran info 5S ke setiap zon.

LATIHAN PENAMBAHBAIKAN KRITERIA AUDIT 5S MPM

MPM telah menjemput wakil daripada MPC untuk memberi taklimat berkaitan kriteria audit 5S.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1434 HIJRAH

Warga kerja MPM mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijrah kepada semua umat Islam. Raikan hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran. Maaf zahir dan batin.

Khamis, 6 Oktober 2011

Program Pelaksanaan Audit Program 5S PBT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada tanggal 08 Julai 2011, pihak Majlis Perbandaran Manjung telah menerima kunjungan seramai 5 orang juruaudit daripada pejabat SUK Perak sempena pelaksanaan audit program 5S di pejabat pihak berkuasa tempatan. Program ini diadakan secara berkala bagi memastikan tahap amalan 5S di kalangan warga kerja sentiasa berada di paras yang tinggi. Terdapat 10 aspek penilaian yang dinilai oleh panel auditor tersebut antaranya ialah fail 5S jabatan, susunan fail di rak fail, keceriaan sudut 5S dan jadual perancangan 5S setiap jabatan. Selain itu, rekod aktiviti 5S dan kebersihan jabatan juga dinilai. Tambahan lagi, aspek-aspek hiasan, kekemasan stor dan kaunter hadapan serta pantri juga dinilai oleh panel auditor tersebut. Alhamdulillah, keputusan yang diperolehi oleh Majlis Perbandaran Manjung mengagumkan. Hampir keseluruhan jabatan dalam MPM mendapat 90 peratus dan ke atas. Ini menunjukkan komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh setiap warga kerja MPM dalam melaksanakan amalan pembudayaan 5S di pejabat berhasil. Namun, tidak dinafikan terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Selaku JK Promosi 5S MPM, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga ianya berpanjangan.

Salam tahniah dan syabas.





Rabu, 5 Oktober 2011

Amalan 5S

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Amalan 5S ialah kaedah yang dapat mewujudkan persekitaran yang berkualiti, kemas dan selesa di dalam sesebuah organisasi atau syarikat. Ia mula diamalkan di Jepun dan 5S membawa maksud Seiri, Seiton, Seiketsu, Seiso dan Shitsuke. Apabila diterjemahkan perkataan Jepun tersebut kepada Bahasa Malaysia ia membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Konsep amalan 5S mula diperkenalkan di Malaysia pada 1980-an dan diamalkan di kebanyakan syarikat-syarikat multinasional. Kini, boleh dikatakan hampir semua organisasi dan agensi kerajaan mengamalkan amalan 5S dalam usaha penambahbaikan. Tambahan pula, terdapat juga pensijilan yang dianugerahkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Selain itu, pihak MAMPU juga memberikan pengiktirafan mahupun pensijilan kepada organisasi yang mencapai standard kualiti amalan 5S. Amalan 5S ini secara tidak langsung dapat membentuk peribadi yang positif dan berdaya saing seperti rajin, tolong menolong dan lain-lain lagi. Amalan-amalan baik seperti ini juga dituntut dalam Islam. Justeru, marilah kita sama-sama mengamalkan 5S dalam kehidupan harian kita agar dapat membina generasi yang berdisiplin dan seterusnya menghasilkan warganegara yang berkualiti.