Khamis, 6 Oktober 2011

Program Pelaksanaan Audit Program 5S PBT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada tanggal 08 Julai 2011, pihak Majlis Perbandaran Manjung telah menerima kunjungan seramai 5 orang juruaudit daripada pejabat SUK Perak sempena pelaksanaan audit program 5S di pejabat pihak berkuasa tempatan. Program ini diadakan secara berkala bagi memastikan tahap amalan 5S di kalangan warga kerja sentiasa berada di paras yang tinggi. Terdapat 10 aspek penilaian yang dinilai oleh panel auditor tersebut antaranya ialah fail 5S jabatan, susunan fail di rak fail, keceriaan sudut 5S dan jadual perancangan 5S setiap jabatan. Selain itu, rekod aktiviti 5S dan kebersihan jabatan juga dinilai. Tambahan lagi, aspek-aspek hiasan, kekemasan stor dan kaunter hadapan serta pantri juga dinilai oleh panel auditor tersebut. Alhamdulillah, keputusan yang diperolehi oleh Majlis Perbandaran Manjung mengagumkan. Hampir keseluruhan jabatan dalam MPM mendapat 90 peratus dan ke atas. Ini menunjukkan komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh setiap warga kerja MPM dalam melaksanakan amalan pembudayaan 5S di pejabat berhasil. Namun, tidak dinafikan terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Selaku JK Promosi 5S MPM, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga ianya berpanjangan.

Salam tahniah dan syabas.





0 comments:

Catat Ulasan