PEMANTAPAN BUDAYA KORPORAT AMALAN 5S MPM
Program Pemantapan Budaya Korporat Amalan 5S MPM diadakan pada 13.04.2012 oleh Yang Dipertua, MPM Dato’ Zamri Bin Man.
Program Awareness Amalan 5S MPM
Program Awareness ini diadakan pada 25 Jun 2013. Semua kakitangan terlibat untuk bergotong-royong.
LAWATAN KE SETIAP ZON 5S MPM
Yang Dipertua Dato' Zamri Bin Man sentiasa melakukan lawatan mengejut 5S ke setiap zon.
INFO 5S
Komunikasi melalui pengedaran info 5S ke setiap zon.
LATIHAN PENAMBAHBAIKAN KRITERIA AUDIT 5S MPM
MPM telah menjemput wakil daripada MPC untuk memberi taklimat berkaitan kriteria audit 5S.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1434 HIJRAH
Warga kerja MPM mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijrah kepada semua umat Islam. Raikan hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran. Maaf zahir dan batin.
Jumaat, 21 Disember 2012
Jumaat, 16 November 2012
Khamis, 4 Oktober 2012
LAWATAN 5S OLEH TNB JANAMANJUNG, HOSPITAL SERI MANJUNG DAN CONTINENTAL AUTOMOTIVE COMPONENTS MALAYSIA SDN BHD
4:41 PTG
No comments
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Amanjaya - 04hb Oktober 2012
- Majlis Perbandaran Manjung telah menerima kunjungan lawatan 5S oleh TNB Janamanjung Berhad, Hospital Seri Manjung dan Continental Automotive Components Malaysia Sdn Bhd. Delegasi TNB Janamanjung diketuai oleh Puan Saridah bt Jaafar, Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran manakalan delegasi Hospital Seri Manjung diketuai oleh Puan Aisa Azira bt Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan. Bagi Continental Automotive Components Malaysia Sdn Bhd, delegasinya diketuai oleh Jurutera, Encik Mohd Wafi bin Rusli. Lawatan yang bertujuan mendapatkan panduan berkaitan pelaksanaan Amalan 5S ini disambut mesra oleh Encik Azizan bin Haji Abd Muin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung dan ketua-ketua jabatan dalaman MPM.
Encik Azizan bin Hj Abd Muin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung beramah mesra dengan delegasi lawatan
Lawatan ke Jabatan Dalaman MPM
Ucapan aluan oleh Encik Azizan bin Haji Abd Muin, Setiausaha MPM kepada semua delegasi lawatan
Pembentangan Jawatankuasa Promosi 5S MPM oleh Encik Mohamad Sharil bin Salihan, Setiausaha Jawatankuasa Promosi 5S MPM.
Sesi Bergambar
Delegasi lawatan menjamu selera dan seterusnya bersurai
Selasa, 24 Julai 2012
Marilah Menyambut Kedatangan Ramadhan 1433H
9:21 PG
No comments
Assalamualaikum, Salam 1Malaysia, Salam Perak Amanjaya
Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk meraikan kedatangan Ramadhan 1433H pada tahun ini. Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang menguasai sekalian alam. Di kesempatan yang ada ini, marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadah dan ketaqwaan kita kepada ALLAH SWT. Ibadah puasa ini menuntut kesabaran dan disiplin yang tinggi dari aspek fizikal dan mental. Apabila dikaitkan dengan amalan pembudayaan 5S, ia mempunyai banyak persamaan. Seseorang yang berpuasa diibaratkan seperti mengamalkan amalan 5S dimana rukun-rukun berpuasa itu umpama amalan-amalan 5S seperti sisih, sapu, susun, seragam dan sentiasa amal. Kita menyisihkan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa, kita sapu perkara-perkara haram semasa berpuasa, kita susun aktiviti/jadual ibadah kita semasa berpuasa, kita seragamkan amalan-amalan yang dapat menambahkan pahala semasa puasa dan kita sentiasa amalkan amalan-amalan yang dapat memberikan pahala berlipat ganda kepada kita semasa berpuasa. Begitulah rapatnya kaitan amalan pembudayaan 5S dan amalan berpuasa di bulan Ramadhan dengan kita. Mengakhiri entri terkini dalam blog jawatankuasapromosi5s Majlis Perbandaran Manjung, marilah kita sama-sama menghayati hadis ini. "Apabila datangnya ramadhan nescaya di buka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan", hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Salam ramadhan 1433H.
Sabtu, 21 Julai 2012
Persediaan Audit 5S oleh MPC ISNIN INI!!!
1:00 PTG
No comments
Assalamualaikum WBT....Kepada seluruh warga MPM, dimaklumkan bahawa Audit Pembaharuan Persijilan akan berlangsung pada hari ISNIN 23 Julai 2012 bermula jam 8.30 pagi. Jangan khuatir, malakan seperti yang biasa kita telah amalkan...GOOD LUCK!!!!
MPM CAPAI 3 BINTANG DI KONVENSYEN 5S WILAYAH UTARA..
12:09 PTG
No comments
TAHNIAH dan SYABAS pasukan MPM diatas kejayaan memperoleh 3 bintang di Konvensyen 5S Wilayah Utara dan melayakkan diri ke pertandingan peringkat KEBANGSAAN yang akan berlangsung di KLCC Oktober 2012 nanti.....saksikan rakaman dari Team Media 5s.
Jumaat, 20 Julai 2012
Sedang dalam Konvensyen 5S
12:49 PTG
No comments
Barisan anggota kumpulan ALamanda SEDANG beraksi di Konvensyen 5s Wilayah Utara...Persembahan kedua jam 9.00 pagi...Zaharani sebagai PRAMUJAKA WISASA, Sharil, Hajar, Azlina dan Meor Zakaria Sebagai HAJI KARIM....Situasi HARI BERTEMU PELANGGAN......
Sokongan hebat kepimpinan tertinggi, Dato' Zamri & SU Azizan
Juga dari rakan-rakan seperjuangan dan kumpulan sokongan audio dan teknikal...
Selasa, 17 Julai 2012
Selamat berjuang pasukan konvensyen 5s MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
9:45 PG
No comments
Selamat Berjuang Kumpulan ALAMANDA MPM....semoga berjaya dan membawa pulang satu lagi gelaran untuk Majlis Perbandaran Manjung, itulah kata-kata semangat Dato' Zamri bin Man kepada 5 ahli kumpulan yang merupakan pembentang utama Konvensyen 5S Wilayah Utara yang akan bertanding peringkat Wilayah Utara di Pulau Pinang pada 19hb Julai 2012. Lensa promosi merakamkan moment ini sewaktu program suntuikan semangat pada 16 Julai 2012 di Anjung Perdana, MPM.
GOOD LUCK GUYS!!!!!!!
Jumaat, 1 Jun 2012
11:39 PG
No comments
LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN KULIM
Assalamualaikum.
Majlis Perbandaran Manjung telah menerima lawatan daripada Majlis Perbandaran Kulim pada 21hb Mei 2012. Lawatan ini diketuai oleh Puan Hasnita binti Mohd Hashim, Penolong Pegawai Tadbir bahagian Khidmat Pengurusan MP Kulim. Seramai 18 orang telah menyertai lawatan ini yang disambut oleh Setiausaha MP Manjung, Encik Azizan bin Hj Abd Muin. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan panduan berkaitan pelaksanaan Amalan 5S. Layan gambar-gambar ini...
Khamis, 31 Mei 2012
12:31 PTG
No comments
LAWATAN JKR MANJUNG KE MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
Assalamualaikum...
Tanggal 18hb Mei 2012, JKR Manjung telah mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Manjung. Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan amalan pembudayaan 5S di kalangan wargakerja. Intai-intai gambar yang lensa Jawatankuasa Promosi 5S Majlis Perbandaran rakamkan...
Rabu, 23 Mei 2012
Isnin, 14 Mei 2012
10:57 PG
No comments
Assalamualaikum WBT.
Tanggal 20hb Januari 2012, Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan lawatan dan kunjungan hormat di Majlis Perbandaran Manjung. Lawatan yang diadakan bertujuan bagi bertukar-tukar pandangan dan idea tentang amalan 5S di kalangan wargakerja sesebuah PBT. Lawatan diketuai oleh YBhg. Dato' Zainal Abidin bin Aala, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Selayang bersama 34 orang pegawai dan kakitangan. Delegasi kunjungan Majlis Perbandaran Selayang disambut oleh Encik Azizan bin Hj Abd Muin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung.
Ucapan aluan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, Encik Azizan bin Hj Abd Muin.
Taklimat ringkas berkaitan Majlis Perbandaran Manjung dan amalan pelaksanaan 5S oleh Pegawai Tadbir merangkap Pengerusi Jawatankuasa Promosi 5S Majlis Perbandaran Manjung, Encik Mohd Helmi bin Arifin.
Ucapan oleh Y.Bhg Dato' Zainal Abidin bin Aala, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Selayang.
Seterusnya delegasi Majlis Perbandaran Selayang dibawa melawat ke Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar dan disambut oleh Encik Abdul Rahman bin Khairi,Pembantu Tadbir Kanan.
Lawatan kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan antara PBT seluruh Malaysia khususnya meningkatkan amalam 5S di kalangan wargakerja kedua-dua PBT.
Adios, Amigos, Gracias.
Tanggal 20hb Januari 2012, Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan lawatan dan kunjungan hormat di Majlis Perbandaran Manjung. Lawatan yang diadakan bertujuan bagi bertukar-tukar pandangan dan idea tentang amalan 5S di kalangan wargakerja sesebuah PBT. Lawatan diketuai oleh YBhg. Dato' Zainal Abidin bin Aala, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Selayang bersama 34 orang pegawai dan kakitangan. Delegasi kunjungan Majlis Perbandaran Selayang disambut oleh Encik Azizan bin Hj Abd Muin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung.
Ucapan aluan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, Encik Azizan bin Hj Abd Muin.
Taklimat ringkas berkaitan Majlis Perbandaran Manjung dan amalan pelaksanaan 5S oleh Pegawai Tadbir merangkap Pengerusi Jawatankuasa Promosi 5S Majlis Perbandaran Manjung, Encik Mohd Helmi bin Arifin.
Ucapan oleh Y.Bhg Dato' Zainal Abidin bin Aala, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Selayang.
Seterusnya delegasi Majlis Perbandaran Selayang dibawa melawat ke Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar dan disambut oleh Encik Abdul Rahman bin Khairi,Pembantu Tadbir Kanan.
Lawatan kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan antara PBT seluruh Malaysia khususnya meningkatkan amalam 5S di kalangan wargakerja kedua-dua PBT.
Adios, Amigos, Gracias.
Lawatan Majlis Daerah Saratok ke MPM
9:03 PG
No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sesi sambutan ketibaan delegasi Majlis Daerah Saratok oleh Tuan Setiausaha MPM, Encik Azizan bin Hj Abdul Muin.
Tuan Zamri bin Man, Yang Di Pertua MPM menerangkan serba ringkas pelaksanaan 5S dalam jabatan dalaman MPM
Pada 20 Oktober 2011, Majlis Daerah Saratok telah mengadakan kunjungan lawatan ke Majlis Perbandaran Manjung. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi bertukar-tukar pandangan dan cadangan dalam memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran sesebuah PBT. Antara aspek dan elemen penting yang diperhatikan ialah pelaksanaan 5S di sesebuah organisasi kerajaan. So, layan antara gambar-gambar yang sempat di rakamkan oleh lensa kamera MPM...
Sesi sambutan ketibaan delegasi Majlis Daerah Saratok oleh Tuan Setiausaha MPM, Encik Azizan bin Hj Abdul Muin.
Tuan Zamri bin Man, Yang Di Pertua MPM menerangkan serba ringkas pelaksanaan 5S dalam jabatan dalaman MPM
Sabtu, 14 April 2012
Program Memperkasakan Amalan 5S atau 'AWARENESSS 5S'
12:57 PTG
No comments
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Amanjaya, Majlis Perbandaran Manjung sekali lagi mengorak langkah dalam amalan pembudayaan 5S dengan mengadakan program Memperkasakan Amalan 5S atau 'AWARENESSS 5S' di MPM pada 13hb April 2012 bertempat di Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung yang dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Zamri bin Man, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Manjung.
Awareness 5S.....Merupakan program memantapkan lagi amalan pembudayaan 5s melalui slogan Tranformasi Budaya Bertaraf Dunia. Dato' Zamri bin Man dalam ucapannya menggariskan pembudayaan perlu diteruskan agar banyak impak dapat dihasilkan seperti penjimatan, peningkatan capaian sasaran dalam KPI Dan lain lain lagi.
Y.Bhg Dato' Zamri bin Man, YDP MPM diiringi oleh Encik Mohd Helmi bin Arifin dan Puan Hajar bt Shaari bersama-sama melafazkan IKRAR 5S MPM.
Kakitangan dan anggota MPM melafazkan ikrar yang diketuai oleh Encik Mohamad Sharil bin Salihan, Penolong Pegawai Pelancongan MPM.
LAUNGAN SEMANGAT PEMBUDAYAAN 5S
Langgan:
Catatan (Atom)