Selasa, 24 Julai 2012

Marilah Menyambut Kedatangan Ramadhan 1433H

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia, Salam Perak Amanjaya

Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk meraikan kedatangan Ramadhan 1433H pada tahun ini. Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang menguasai sekalian alam. Di kesempatan yang ada ini, marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadah dan ketaqwaan kita kepada ALLAH SWT. Ibadah puasa ini menuntut kesabaran dan disiplin yang tinggi dari aspek fizikal dan mental. Apabila dikaitkan dengan amalan pembudayaan 5S, ia mempunyai banyak persamaan. Seseorang yang berpuasa diibaratkan seperti mengamalkan amalan 5S dimana rukun-rukun berpuasa itu umpama amalan-amalan 5S seperti sisih, sapu, susun, seragam dan sentiasa amal. Kita menyisihkan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa, kita sapu perkara-perkara haram semasa berpuasa, kita susun aktiviti/jadual ibadah kita semasa berpuasa, kita seragamkan amalan-amalan yang dapat menambahkan pahala semasa puasa dan kita sentiasa amalkan amalan-amalan yang dapat memberikan pahala berlipat ganda kepada kita semasa berpuasa. Begitulah rapatnya kaitan amalan pembudayaan 5S dan amalan berpuasa di bulan Ramadhan dengan kita. Mengakhiri entri terkini dalam blog jawatankuasapromosi5s Majlis Perbandaran Manjung, marilah kita sama-sama menghayati hadis ini. "Apabila datangnya ramadhan nescaya di buka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan", hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Salam ramadhan 1433H.


0 comments:

Catat Ulasan