PEMANTAPAN BUDAYA KORPORAT AMALAN 5S MPM

Program Pemantapan Budaya Korporat Amalan 5S MPM diadakan pada 13.04.2012 oleh Yang Dipertua, MPM Dato’ Zamri Bin Man.

Program Awareness Amalan 5S MPM

Program Awareness ini diadakan pada 25 Jun 2013. Semua kakitangan terlibat untuk bergotong-royong.

LAWATAN KE SETIAP ZON 5S MPM

Yang Dipertua Dato' Zamri Bin Man sentiasa melakukan lawatan mengejut 5S ke setiap zon.

INFO 5S

Komunikasi melalui pengedaran info 5S ke setiap zon.

LATIHAN PENAMBAHBAIKAN KRITERIA AUDIT 5S MPM

MPM telah menjemput wakil daripada MPC untuk memberi taklimat berkaitan kriteria audit 5S.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1434 HIJRAH

Warga kerja MPM mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijrah kepada semua umat Islam. Raikan hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran. Maaf zahir dan batin.

Khamis, 9 Mei 2013



...sambungan kisah edisi April...

Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.

Demikianlah, semenjak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.

Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus."


Bersambung..........