...sambungan kisah edisi
April...
Mendengar
janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim
tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup berkecukupan. Ia teringat akan saban
hari rungutan isterinya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka
pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.
Demikianlah,
semenjak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si
alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek
empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya
gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang
ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih
didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar
sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya
mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.
Si
alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal
dapat lapan dinar sekaligus."
Bersambung..........
0 comments:
Catat Ulasan