PEMANTAPAN BUDAYA KORPORAT AMALAN 5S MPM

Program Pemantapan Budaya Korporat Amalan 5S MPM diadakan pada 13.04.2012 oleh Yang Dipertua, MPM Dato’ Zamri Bin Man.

Program Awareness Amalan 5S MPM

Program Awareness ini diadakan pada 25 Jun 2013. Semua kakitangan terlibat untuk bergotong-royong.

LAWATAN KE SETIAP ZON 5S MPM

Yang Dipertua Dato' Zamri Bin Man sentiasa melakukan lawatan mengejut 5S ke setiap zon.

INFO 5S

Komunikasi melalui pengedaran info 5S ke setiap zon.

LATIHAN PENAMBAHBAIKAN KRITERIA AUDIT 5S MPM

MPM telah menjemput wakil daripada MPC untuk memberi taklimat berkaitan kriteria audit 5S.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1434 HIJRAH

Warga kerja MPM mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijrah kepada semua umat Islam. Raikan hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran. Maaf zahir dan batin.

Selasa, 24 Julai 2012

Marilah Menyambut Kedatangan Ramadhan 1433H

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia, Salam Perak Amanjaya

Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk meraikan kedatangan Ramadhan 1433H pada tahun ini. Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang menguasai sekalian alam. Di kesempatan yang ada ini, marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadah dan ketaqwaan kita kepada ALLAH SWT. Ibadah puasa ini menuntut kesabaran dan disiplin yang tinggi dari aspek fizikal dan mental. Apabila dikaitkan dengan amalan pembudayaan 5S, ia mempunyai banyak persamaan. Seseorang yang berpuasa diibaratkan seperti mengamalkan amalan 5S dimana rukun-rukun berpuasa itu umpama amalan-amalan 5S seperti sisih, sapu, susun, seragam dan sentiasa amal. Kita menyisihkan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa, kita sapu perkara-perkara haram semasa berpuasa, kita susun aktiviti/jadual ibadah kita semasa berpuasa, kita seragamkan amalan-amalan yang dapat menambahkan pahala semasa puasa dan kita sentiasa amalkan amalan-amalan yang dapat memberikan pahala berlipat ganda kepada kita semasa berpuasa. Begitulah rapatnya kaitan amalan pembudayaan 5S dan amalan berpuasa di bulan Ramadhan dengan kita. Mengakhiri entri terkini dalam blog jawatankuasapromosi5s Majlis Perbandaran Manjung, marilah kita sama-sama menghayati hadis ini. "Apabila datangnya ramadhan nescaya di buka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan", hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Salam ramadhan 1433H.


Sabtu, 21 Julai 2012

Persediaan Audit 5S oleh MPC ISNIN INI!!!

Assalamualaikum WBT....Kepada seluruh warga MPM, dimaklumkan bahawa Audit Pembaharuan Persijilan akan berlangsung pada hari ISNIN 23 Julai 2012 bermula jam 8.30 pagi. Jangan khuatir, malakan seperti yang biasa kita telah amalkan...GOOD LUCK!!!!

MPM CAPAI 3 BINTANG DI KONVENSYEN 5S WILAYAH UTARA..

TAHNIAH dan SYABAS pasukan MPM diatas kejayaan memperoleh 3 bintang di Konvensyen 5S Wilayah Utara dan melayakkan diri ke pertandingan peringkat KEBANGSAAN yang akan berlangsung di KLCC Oktober 2012 nanti.....saksikan rakaman dari Team Media 5s.




Jumaat, 20 Julai 2012

Sedang dalam Konvensyen 5S

Barisan anggota kumpulan ALamanda SEDANG beraksi di Konvensyen 5s Wilayah Utara...Persembahan kedua jam 9.00 pagi...Zaharani sebagai PRAMUJAKA WISASA, Sharil, Hajar, Azlina dan Meor Zakaria Sebagai HAJI KARIM....Situasi HARI BERTEMU PELANGGAN......



Sokongan hebat kepimpinan tertinggi, Dato' Zamri & SU Azizan

Juga dari rakan-rakan seperjuangan dan kumpulan sokongan audio dan teknikal...

Selasa, 17 Julai 2012

Selamat berjuang pasukan konvensyen 5s MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Selamat Berjuang Kumpulan ALAMANDA MPM....semoga berjaya dan membawa pulang satu lagi gelaran untuk Majlis Perbandaran Manjung, itulah kata-kata semangat Dato' Zamri bin Man kepada 5 ahli kumpulan yang merupakan pembentang utama Konvensyen 5S Wilayah Utara yang akan bertanding peringkat Wilayah Utara di Pulau Pinang pada 19hb Julai 2012. Lensa promosi merakamkan moment ini sewaktu program suntuikan semangat pada 16 Julai 2012 di Anjung Perdana, MPM.

Majlis diakhiri dengan laungan semangat seluruh anggota yang hadir yang diketuai oleh Y.Bhg Dato' Zamri bin Man, Yang Di Pertua MPM.

GOOD LUCK GUYS!!!!!!!