PEMANTAPAN BUDAYA KORPORAT AMALAN 5S MPM

Program Pemantapan Budaya Korporat Amalan 5S MPM diadakan pada 13.04.2012 oleh Yang Dipertua, MPM Dato’ Zamri Bin Man.

Program Awareness Amalan 5S MPM

Program Awareness ini diadakan pada 25 Jun 2013. Semua kakitangan terlibat untuk bergotong-royong.

LAWATAN KE SETIAP ZON 5S MPM

Yang Dipertua Dato' Zamri Bin Man sentiasa melakukan lawatan mengejut 5S ke setiap zon.

INFO 5S

Komunikasi melalui pengedaran info 5S ke setiap zon.

LATIHAN PENAMBAHBAIKAN KRITERIA AUDIT 5S MPM

MPM telah menjemput wakil daripada MPC untuk memberi taklimat berkaitan kriteria audit 5S.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1434 HIJRAH

Warga kerja MPM mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijrah kepada semua umat Islam. Raikan hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran. Maaf zahir dan batin.

Khamis, 31 Mei 2012

LAWATAN JKR MANJUNG KE MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG Assalamualaikum... Tanggal 18hb Mei 2012, JKR Manjung telah mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Manjung. Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan amalan pembudayaan 5S di kalangan wargakerja. Intai-intai gambar yang lensa Jawatankuasa Promosi 5S Majlis Perbandaran rakamkan...

Rabu, 23 Mei 2012

Info Keluaran Mei 2012


Isnin, 14 Mei 2012

Assalamualaikum WBT.

Tanggal 20hb Januari 2012, Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan lawatan dan kunjungan hormat di Majlis Perbandaran Manjung. Lawatan yang diadakan bertujuan bagi bertukar-tukar pandangan dan idea tentang amalan 5S di kalangan wargakerja sesebuah PBT. Lawatan diketuai oleh YBhg. Dato' Zainal Abidin bin Aala, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Selayang bersama 34 orang pegawai dan kakitangan. Delegasi kunjungan Majlis Perbandaran Selayang disambut oleh Encik Azizan bin Hj Abd Muin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung.


Ucapan aluan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, Encik Azizan bin Hj Abd Muin.



Taklimat ringkas berkaitan Majlis Perbandaran Manjung dan amalan pelaksanaan 5S oleh Pegawai Tadbir merangkap Pengerusi Jawatankuasa Promosi 5S Majlis Perbandaran Manjung, Encik Mohd Helmi bin Arifin.



Ucapan oleh Y.Bhg Dato' Zainal Abidin bin Aala, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Selayang.


Seterusnya delegasi Majlis Perbandaran Selayang dibawa melawat ke Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar dan disambut oleh Encik Abdul Rahman bin Khairi,Pembantu Tadbir Kanan.


Lawatan kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan antara PBT seluruh Malaysia khususnya meningkatkan amalam 5S di kalangan wargakerja kedua-dua PBT.


Adios, Amigos, Gracias.

Lawatan Majlis Daerah Saratok ke MPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 20 Oktober 2011, Majlis Daerah Saratok telah mengadakan kunjungan lawatan ke Majlis Perbandaran Manjung. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi bertukar-tukar pandangan dan cadangan dalam memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran sesebuah PBT. Antara aspek dan elemen penting yang diperhatikan ialah pelaksanaan 5S di sesebuah organisasi kerajaan. So, layan antara gambar-gambar yang sempat di rakamkan oleh lensa kamera MPM...


Sesi sambutan ketibaan delegasi Majlis Daerah Saratok oleh Tuan Setiausaha MPM, Encik Azizan bin Hj Abdul Muin.
Tuan Zamri bin Man, Yang Di Pertua MPM menerangkan serba ringkas pelaksanaan 5S dalam jabatan dalaman MPM