PEMANTAPAN BUDAYA KORPORAT AMALAN 5S MPM

Program Pemantapan Budaya Korporat Amalan 5S MPM diadakan pada 13.04.2012 oleh Yang Dipertua, MPM Dato’ Zamri Bin Man.

Program Awareness Amalan 5S MPM

Program Awareness ini diadakan pada 25 Jun 2013. Semua kakitangan terlibat untuk bergotong-royong.

LAWATAN KE SETIAP ZON 5S MPM

Yang Dipertua Dato' Zamri Bin Man sentiasa melakukan lawatan mengejut 5S ke setiap zon.

INFO 5S

Komunikasi melalui pengedaran info 5S ke setiap zon.

LATIHAN PENAMBAHBAIKAN KRITERIA AUDIT 5S MPM

MPM telah menjemput wakil daripada MPC untuk memberi taklimat berkaitan kriteria audit 5S.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1434 HIJRAH

Warga kerja MPM mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijrah kepada semua umat Islam. Raikan hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran. Maaf zahir dan batin.

Khamis, 6 Oktober 2011

Program Pelaksanaan Audit Program 5S PBT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada tanggal 08 Julai 2011, pihak Majlis Perbandaran Manjung telah menerima kunjungan seramai 5 orang juruaudit daripada pejabat SUK Perak sempena pelaksanaan audit program 5S di pejabat pihak berkuasa tempatan. Program ini diadakan secara berkala bagi memastikan tahap amalan 5S di kalangan warga kerja sentiasa berada di paras yang tinggi. Terdapat 10 aspek penilaian yang dinilai oleh panel auditor tersebut antaranya ialah fail 5S jabatan, susunan fail di rak fail, keceriaan sudut 5S dan jadual perancangan 5S setiap jabatan. Selain itu, rekod aktiviti 5S dan kebersihan jabatan juga dinilai. Tambahan lagi, aspek-aspek hiasan, kekemasan stor dan kaunter hadapan serta pantri juga dinilai oleh panel auditor tersebut. Alhamdulillah, keputusan yang diperolehi oleh Majlis Perbandaran Manjung mengagumkan. Hampir keseluruhan jabatan dalam MPM mendapat 90 peratus dan ke atas. Ini menunjukkan komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh setiap warga kerja MPM dalam melaksanakan amalan pembudayaan 5S di pejabat berhasil. Namun, tidak dinafikan terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Selaku JK Promosi 5S MPM, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga ianya berpanjangan.

Salam tahniah dan syabas.





Rabu, 5 Oktober 2011

Amalan 5S

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Amalan 5S ialah kaedah yang dapat mewujudkan persekitaran yang berkualiti, kemas dan selesa di dalam sesebuah organisasi atau syarikat. Ia mula diamalkan di Jepun dan 5S membawa maksud Seiri, Seiton, Seiketsu, Seiso dan Shitsuke. Apabila diterjemahkan perkataan Jepun tersebut kepada Bahasa Malaysia ia membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Konsep amalan 5S mula diperkenalkan di Malaysia pada 1980-an dan diamalkan di kebanyakan syarikat-syarikat multinasional. Kini, boleh dikatakan hampir semua organisasi dan agensi kerajaan mengamalkan amalan 5S dalam usaha penambahbaikan. Tambahan pula, terdapat juga pensijilan yang dianugerahkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Selain itu, pihak MAMPU juga memberikan pengiktirafan mahupun pensijilan kepada organisasi yang mencapai standard kualiti amalan 5S. Amalan 5S ini secara tidak langsung dapat membentuk peribadi yang positif dan berdaya saing seperti rajin, tolong menolong dan lain-lain lagi. Amalan-amalan baik seperti ini juga dituntut dalam Islam. Justeru, marilah kita sama-sama mengamalkan 5S dalam kehidupan harian kita agar dapat membina generasi yang berdisiplin dan seterusnya menghasilkan warganegara yang berkualiti.




Khamis, 29 September 2011

Riang ria menyambut aidilfitri di MPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Masih terasa kemeriahan aidilfitri tatkala syawal sudah berlalu selama 23 hari. Sambutannya ada di mana-mana samada di anjurkan oleh individu, kerajaan mahu pun NGO. Selama sebulan sambutannya disambut dan warga kerja MPM tersenyum lebar apabila disajikan dengan juadah yang membuka selera semestinya.  Hidangan yang membuka selera, layanan mesra setiap warga kerja dan tradisi bermaafan menjadi agenda wajib dalam menghadiri rumah terbuka. Saksikan wajah-wajah ceria sebahagian warga kerja Majlis Perbandaran Manjung semasa menghadiri 'pejabat terbuka'. Haha.
Layan...





Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, marilah kita mengucapkan syukur kepada Illahi kerana masih dapat menjalani ibadah berpuasa pada tahun ini. Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan lebaran. Di sebalik keghairahan kita menyambut aidilfitri yang menjelma, janganlah dilupakan peri pentingnya kombinasi kehidupan di dunia dan akhirat. Mungkin ada dikalangan kita yang bergembira malahan ada yang berduka lara sempena hari mulia ini. Sesungguhnya, hari raya yang sebenar ialah hari yang dilalui tanpa melakukan dosa. Bermaaf-maafanlah sesama makhluk dan hindari segala sifat-sifat mazmumah sekiranya ada di dalam diri masing-masing. Tarbiyah kita selama sebulan mengharungi bulan Ramadhan haruslah dikekalkan untuk 11  bulan akan datang. Penggunaan diri ke arah kebaikan semasa bulan Ramadhan haruslah tertanam dalam jiwa dan seterusnya dapat membentuk peribadi muslim yang terpuji. Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya dan pastikan tahap keselamatan diri, kenderaan, keluarga dan rumah berada di paras selamat.

Langkah kerajaan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji membawa sinar ceria di mata rakyat. Namun, beringatlah dalam berbelanja harus ada kesedaran untuk berjimat. Janganlah menjadi seperti Qarun, apabila mendapat nikmat menjadi kufur. Amalkan sifat bersedekah kerana ia menyuburkan rezeki lantas mewujudkan sifat tolong-menolong.

Amalan kunjung-mengunjung menjadi tradisi menjelang lebaran ini tidak kira sama ada program rumah terbuka atau kunjungan aidilfitri. Bersama mengeratkan silaturrahim antara anggota keluarga dan sesama muslim. Namun harus diingatkan janganlah sampai melakukan pembaziran. Pelbagai undangan yang kunjung tiba dan beringatlah semasa menikmati juadah yang disediakan. Jagalah kesihatan dan hindari diri dari penyakit.

Selaku urusetia Jawatankuasa Promosi 5S Majlis Perbandaran Manjung mewakili pihak Yang di Pertua, Setiausaha dan warga kerja Majlis Perbandaran Manjung mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri    
dan seribu kemaafan dipohon kepada semua.


Adios, Amigos, Gracias.

Jumaat, 1 Julai 2011

PELANCARAN BLOG 5S MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan keizinanNYA, BLOG AMALAN BUDAYA 5S dapat dilancarkan pada 1 Julai 2011. Inisiatif ini timbul setelah lawatan ke KD Pelandok Tentera laut Diraja Malaysia Lumut pada 30 Jun 2011.




Matlamat utama paparan laman blog 5s Majlis Perbandaran Manjung ini ialah seperti berikut :-

  1. Sebagai medium mempromosi dan menwar-warkan aktivti, informasi serta perkara-perkara yang berkaitan dengan amalan pembudayaan 5S secara terus kepada seluruh anggota di Pejabat Majlis Perbandaran Manjung.
  2. Sebagai laman perkongsian idea dan pelaksanaan amalan 5s dengan agensi atau syarikat-syarikat lain.