Isnin, 14 Mei 2012

Assalamualaikum WBT.

Tanggal 20hb Januari 2012, Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan lawatan dan kunjungan hormat di Majlis Perbandaran Manjung. Lawatan yang diadakan bertujuan bagi bertukar-tukar pandangan dan idea tentang amalan 5S di kalangan wargakerja sesebuah PBT. Lawatan diketuai oleh YBhg. Dato' Zainal Abidin bin Aala, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Selayang bersama 34 orang pegawai dan kakitangan. Delegasi kunjungan Majlis Perbandaran Selayang disambut oleh Encik Azizan bin Hj Abd Muin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung.


Ucapan aluan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, Encik Azizan bin Hj Abd Muin.



Taklimat ringkas berkaitan Majlis Perbandaran Manjung dan amalan pelaksanaan 5S oleh Pegawai Tadbir merangkap Pengerusi Jawatankuasa Promosi 5S Majlis Perbandaran Manjung, Encik Mohd Helmi bin Arifin.



Ucapan oleh Y.Bhg Dato' Zainal Abidin bin Aala, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Selayang.


Seterusnya delegasi Majlis Perbandaran Selayang dibawa melawat ke Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar dan disambut oleh Encik Abdul Rahman bin Khairi,Pembantu Tadbir Kanan.


Lawatan kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan antara PBT seluruh Malaysia khususnya meningkatkan amalam 5S di kalangan wargakerja kedua-dua PBT.


Adios, Amigos, Gracias.

0 comments:

Catat Ulasan