Khamis, 4 Oktober 2012

LAWATAN 5S OLEH TNB JANAMANJUNG, HOSPITAL SERI MANJUNG DAN CONTINENTAL AUTOMOTIVE COMPONENTS MALAYSIA SDN BHD

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Amanjaya - 04hb Oktober 2012 - Majlis Perbandaran Manjung telah menerima kunjungan lawatan 5S oleh TNB Janamanjung Berhad, Hospital Seri Manjung dan Continental Automotive Components Malaysia Sdn Bhd. Delegasi TNB Janamanjung diketuai oleh Puan Saridah bt Jaafar, Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran manakalan delegasi Hospital Seri Manjung diketuai oleh Puan Aisa Azira bt Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan. Bagi Continental Automotive Components Malaysia Sdn Bhd, delegasinya diketuai oleh Jurutera, Encik Mohd Wafi bin Rusli. Lawatan yang bertujuan mendapatkan panduan berkaitan pelaksanaan Amalan 5S ini disambut mesra oleh Encik Azizan bin Haji Abd Muin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung dan ketua-ketua jabatan dalaman MPM.
Encik Azizan bin Hj Abd Muin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung beramah mesra dengan delegasi lawatan
Lawatan ke Jabatan Dalaman MPM
Ucapan aluan oleh Encik Azizan bin Haji Abd Muin, Setiausaha MPM kepada semua delegasi lawatan
Pembentangan Jawatankuasa Promosi 5S MPM oleh Encik Mohamad Sharil bin Salihan, Setiausaha Jawatankuasa Promosi 5S MPM.
Sesi Bergambar
Delegasi lawatan menjamu selera dan seterusnya bersurai

0 comments:

Catat Ulasan